LATAR BELAKANG
1. Anggota-anggota ATM dewasa ini dibekalkan dengan Kad BAT C 10 sebagai dokumen rasmi pengenalan diri dan telah diguna pakai sejak dari awal tahun 60an. Penggunaan dan ciri-ciri keselamatan Kad BAT C 10 tersebut dianggap tidak lagi bersesuaian dalam era teknologi maklumat masa kini.
2. Masyarakat awam telah mula menggunakan Kad Pengenalan Pintar MyKad yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2001 dan menikmati pelbagai kemudahan melalui aplikasi yang terbina di dalam MyKad (pelbagai transaksi elektronik) seperti pengesahan identiti, pembayaran, pengaksesan, rujukan kesihatan dan servis peruncitan.
3. Keistimewaan yang diperolehi oleh masyarakat umum melalui MyKad tidak dapat dipanjangkan kepada anggota tentera yang masih menggunakan Kad BAT C 10. Dari segi moral dan imej, ianya tidak bersesuaian bagi sebuah organisasi keselamatan negara.
KAD PENGENALAN PINTAR ATM
4. Anggota tentera pada dasarnya tidak diwajibkan untuk memiliki Kad Pengenalan Awam. sebagaimana yang diperuntukkan melalui:
- Perkara 27 (f) kepada Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) mengecualikan anggota ATM dari menggunakan Kad Pengenalan Awan dengan syarat anggota ATM mempunyai Kad Pengenalan Rasmi atau dokumen rasmi yang lazimnya dikeluarkan untuk pengenalan diri kepada seseorang anggota tentera.
- Perkara 137 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud command, discipline and administration of and all other matters relating to the armed forces, telah menggubal beberapa Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) berkenaan dengan kad pengenalan diri anggota ATM. PMAT 29/60 dan PMAT 104/60 – berkaitan Federation Armed Forces Security Instruction (memperuntukkan BAT C 10 sebagai dokumen identiti rasmi ATM) masih berkuat kuasa sehingga sekarang.
5. Kesediaan pihak pengurusan tertinggi KDN serta JPN untuk membantu ATM dan membolehkan anggota tentera turut menikmati kemudahan yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah membawa kepada beberapa perbincangan teknikal di peringkat staf pelaksana. Keputusan-keputusan berikut seterusnya telah dicapai:
- ATM mempunyai Kad Pengenalan Pintarnya sendiri yang mempunyai aplikasi yang sama dengan MyKad. Kad tersebut akan dikenali sebagai MyTentera untuk memudahkan rujukan oleh pihak awam.
- Artwork dan dan ciri-ciri keselamatan MyTentera adalah sama seperti MyKad. Bagi membeza dan memudahkan pengenalan, MyTentera akan menggunakan warna Medium Silver .
- MyTentera turut mempunyai nombor Kad Pengenalan Awam 12 digit di samping nombor perkhidmatan tentera yang merupakan nombor rujukan utama. Nombor Kad 12 digit hanyalah untuk tujuan MyID yang dilancarkan oleh kerajaan.
- MyTentera mempunyai Lambang ATM di bahagian belakang atas kanan kad.
- Pencetakan dan pengeluaran kad akan dilaksanakan oleh pihak JPN. Pihak BSPP adalah agensi yang bertanggungjawab untuk semua urusan verifikasi serta pengesahan sebelum pemprosesan MyTentera dibuat oleh pihak JPN dan selepas kad tersebut disediakan untuk pengagihan kepada pemilik kad.
- Semua anggota ATM (secara individu) adalah tertakluk kepada Jadual Keenam Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, di mana setiap kehilangan dan pengeluaran kad penggantian akan dikenakan denda (sebagaimana yang dikenakan kepada orang awam).
PEMPROSESAN MYTENTERA
6. Pada peringkat awal, pendaftaran dan pemerosesan MyTentera dilaksanakan di Zon Kementerian Pertahanan mulai 5 Jul 2010 yang akan melibatkan unit kaunter bergerak JPN.
7. Mulai 28 Ogos 2010, anggota tentera di seluruh negara boleh membuat pendaftaran di sejumlah 58 kaunter JPN yang dikhaskan untuk anggota ATM. Pelaksanaannya adalah pada hari Sabtu dan Ahad (setiap minggu).
8. Proses pendaftaran dan pengeluaran MyTentera kepada semua anggota ATM dijangka dapat diselesaikan pada penghujung Feb 2011.
KESAN POSITIF DARI PENGGUNAAN MYTENTERA
9. Berupaya meningkatkan kualiti dan gaya hidup anggota tentera melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Kedudukan ini seterusnya menjamin moral keanggotaan warga tentera.
10. Penggunaan MyTentera oleh warga ATM dapat secara tidak langsung diintegrasikan dalam konsep I Malaysia. Pada dasarnya anggota tentera tidak merasa tersisih dari arus pembangunan negara.
11. MyTentera yang berlandaskan cip elektronik akan memboleh peningkatan perkhidmatan dalam ATM di masa-masa hadapan.
12. Penggunaan MyTentera mampu memperkemaskan pangkalan data di dalam ATM dan memudahkan dari segi rujukan yang melibatkan aspek-aspek pentadbiran dan keselamatan.
Microtouch Titanium trim Reviews - TitaniumArt
ReplyDeleteMicrotouch titanium trim review. Read this review titanium watch band and start titanium quartz your gambling journey now with our review of the Microtouch titanium prices titanium trim on this 슬롯 site. Rating: 3 titanium coating · 1 review