Thursday, September 2, 2010

Menghidupkan Gamelan Cara Terengganu

Bagaimana sesuatu persembahan kebudayaan itu – khususunya yang tradisional – dapat hidup, berkembang dan bernafas? Persoalan itu dijawab oleh pelbagai orang dengan pelbagai pula jawapannya. Pegawai yang melaksanakan hal-hal berkenaan mempunyai jawapannya sendiri, begitu juga penggiat mempunyai cara dan hujah serta alasannya sendiri menjawab persoalan itu. Ahli akademik di universiti ada jawapannya sendiri.Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang kebudayaan pula mempunyai hujah dan alasannya sendiri menjawab persoalan tersebut.

 Jawapan-jawapan tersebut secara bersendirian pada hakikatnya tidak ada satupun yang menepati, yang dapat menjawab secara tepat persoalan yang dikemukakan. Hal tersebut terjadi oleh sebab setiap orang, organisasi mahupun NGO dalam bidang itu menjawab dengan melihat permasalahan yang diitmbulkan daripada sudut pandangan mereka semata, tanpa melihat cabaran-cabaran lain yang bersangkutan dengan persoalan tersebut, yang biasanya diluar daripada pengetahuan mereka.

Ketidaktepatan akan jawapan yang dikemukakan bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bukan sedikit boleh menyebabkan pendekatan bagi menghidupkan seni persembahan tradisional yang berkaitan diberi penekanan yang tidak tepat malahan menghabiskan banyak belanja sedangkan kesannya tidak sampai kemana-mana alias tidak tepat.

Suatu waktu diadakan pesta dikir barat di Kelantan dengan meblibatkan kumpulan pendikir yang ribuan jumlahnya. Namun hasilnya bolehdiakatakn kosong. Yang mendapat keuntungan dari pesta besar itu hanya golongan yang memasang alat pembesar suara yang jumlahnya puluhan malahan ratusan ribu ringgit Malaysia. Kumpulan pendikir hanya memperpoleh bberapa ringgit sahaja seorang. Dalam hal yang seperti ini siapakah yang untung?

Begitu juga tidak dapat dinafikan berapa banyak wang yang dibelanjakan bagi melaksanakan beberapa pesta yang lain yang memakan belanja yang jauh lebih besar dalam melaksanakan majlis pelancarannya berbanding dengan wang yang mungkin diperolehi oleh penggiat dalam sesuatu bidang itu. Itu belum lagi diambil kira dengan wang yang tiris daripada sesuatu acara itu.

2
Dalam hal seperti yang disebutkan di atas apakah jawapan yang tepat bagi menghidupkan genre budaya atau seni persembahan Melayu yang semakin hari semakin lenyap dan lumpuh itu?

Jawapannya yang tepat ialah kombinasi semua jawapan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak itu. Orang politik, terutama pegawai dan menteri yang bertanggungjawab dalam bidang itu mestilah memahami dengan mendalam setiap seni persembahan yang ingin dimajukan. Hal ini penting kerana bukan tidak ada pegawai di kementerian misalnya, yang takut menyatakan sesuatu kebenaran kepada atasannya, terutamanya kepada menteri yang berkaitan kerana menteri yang berkaitan berasa bahawa dialah yang paling tahu tentang tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dalam hal ini jangan pula kita lupa bahawa ada pegawai yang hanya menyatakan sesuatu yang digemar menterinya saja. Juga jangan pula dilupakan bahawa antara tanggungjawab dengan pengetahuan yang mendalama terhadap sesuatu genre seni itu adalah dua hal yang berbeza. Benar menteri ada tanggungjawab dan kuasa, tetapi jangan lupa, menteri juga adalah manusia yang mempunyai kelemahannya sendiri, mustahil dia mengetahui semua perkara melainkan melalui pegawai bawahannya. Jika pegawai bawahannya tidak menyatakan apa-apa yang benar, maka tindakannya akan sering terpesung.

3
Hidupnya sesuatu genre seni persembahan itu bergantung kepada banyak faktor. Kini sedang berkembang adalah teater muzikal. Kenapa genre ini berkembang masa kini?

Jawapannya agak mudah sahaja. Pihak yang bertanggungjawab atau yang mempunyai kaitan dalam bidang ini mempunyai minat ataupun mempunyai kawan-kawan yang dekat dengannya yang sentiasa menggalakkannya supaya mengadakan atau mempopularkan genre teater jenis itu. Dan ini pula dibantu kemudiannya oleh publisiti yang luar biasa, secara perbandingan dengan teater yang serius. Ada teater muzikal yang mempunyai bajet yang tinggi dalam promosi, ada pula yang sebaliknya. Jadi ada teater muzikal yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.

Teater seperti juga barangan lain bergantung besar kepada publisiti. Jika publisitinya bagus, pakej bungkusannya menarik – terutama aspek mata kasarnya, dengan warnanya memberasangkan – ia dengan mudah menarik orang untuk membelinya. Begitulah juga teater kita. Dan hal ini dengan mudah sahaja terjadi kerana tradisi teater kita masih baru. Istana Budaya misalnya mempunyai tugas mendidik khalayaknya selain tugas-tugas lainnya yang juga jauh lebih penting daripada mendidik khalayak.

Kenapa “Jom Heboh” mendapat sambutan? Jawapannya ialah kerana publisiti. Begitulah juga yang lain. Orang kita hidup kerana publisiti.

4
Berbalik kepada seni persembahan. Selain publisiti yang meluas dalam bidang itu yang sama pentingnya dengan publisiti itu ialah aktiviti seni berkenaan secara yang tetap serta berterusan oleh organisasi mahupun individu yang bertanggungjawab, yang tidak mencari keuntungan peribadi bagi mengisi poketnya sendiri. Bukannya dengan pesta-pestaan yang memakan belanja pelancarannya lebih besar daripada peruntukan bagi pengembangan sesuatu genre seni itu sendiri.

Pada 23 -25 Julai 2010 lalu berlangsung Festival Gamelan Sedunia 2010 di Terengganu. Ini adalah lanjutan daripada Seminar Gamelan Sedunia yang diadakan pada tahun 2008.

Ucapan tahniah dan syabas tentulah wajar diberikan kepada Sulung Ismail orang yang memainkan peranan penting di belakang peristiwa penting ini. Selain itu ucapan tahniah dan syabas juga untuk semua yang terbabit dalam acara penting ini terutama kepada kerajaan Negeri Terengganu, Muzium negeri Terengganu, semua ahli jawatankuasa Induk yang dipimpin oleh Datuk Haji Abdul Rahim Mohd Said dengan dibantu oleh Setiausahanya Haji Mohd Nor bin Ismail.

5
Seni persembahan muzik dan tarian gamelan Terengganu adalah satu seni yang amat unit, elit serta mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Terengganu. Ia berakar umbi dari Riau Lingga melalui Johor, Pahang dan kemudiannya bertapak kukuh di Terengganu.

Gamelan Terengganu wujud bersama dengan seni nobat semenjak 1880-an iaitu sewaktu peperintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) lagi. Gamelan Terengganu mencapai zaman puncak kegemilangannya sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibn Almarhum Sultan Zainal Abidin III (1920-1942) bersama permaisurinya Tengku Ampuan Mariam. Minatnya yang mendalam dalam seni gamelan membawanya melawat ke Jakarta, Bogor, Sukabumi, Bandung, Semarang, Jogjakarta, Solo, Surabaya serta Bali dengan tujuan menambahkan pengetahuannya dalam gamelan. Baginda suami isteri juga mencipta lagu berserta dengan ragam tariannya sekali gus membentuk satu identiti sendiri gamelan Terengganu.

Pada masa pemerintahannya kumpulan gamelan Terengganu telah mengadaklan persembahan antaranya di Kelantan, Pulau Pinang, Singapura, dan Thailand. Kali terakhir mengadakan persembahan di Thaialand adalah pada tahun 1942.

Gamelan Terengganu memasuki zaman suramnya apabila Jepun memasuki Tanah Melayu dan kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 21 Mei 1942. Tengku Ampuan Mariam telah berpindah ke Istana Kolam dan selepas itu selama lebih suku abad gamelan Terengganu tenggelam dalam ingatan pencintanya.

Pada 1970, Ahmad Omar bin Ibrahim setelah mendapat perkenan daripada YM Tengku Asmara Raja dan Tengku Ampuan Mariam menghidupkan kembali gamelan Terengganu pada masa itu dengan tujuan untuk membuat persembahan pada Temasya Seni Melayu anjuran Universiti Malaya. Untuk pertunjukan itu, Mak Nang (Adnan binti Abdullah) diberi tugas melatih tarian dan tugas memainkan gamelan diberikan kepada Pak Mat (Muhammad bin Ismail).

Selepas tiga bulan mengadakan latihan satu persembahan telah dilangsungkan di Istana Kolam. Antara pemain gamelan pada masa itu ialah Pak Mat, YM Tengku Chik, Othman Abdullah, Abdul Jabar Abdullah, YM Tengku Hilmi (cucunda Tengku Ampuan Mariam), YM Syed Abdul Rahman. Antara penari yang terlibat dibawah arahan Ahmad Omar ialah Wan Salmah Wan Sulaiman, Wan Mariam Mohamad, Fatimah Omar, Karimah Omar, Zaharah Hamid, Mariam Su;laiman, Zuraidah Mokhtar serta beberapa penari lain lagi.

Pada Temasya Seni Melayu di Universiti Malaya yang berlangsung pada 30-4 Julai 1970, buat pertama kalinya pasukan gamelan Terengganu mengadakan persembahan yang lengkap di luar lingkungan nistana.

Pada 1972 kerajaan negeri Terengganu menubuhkan Kumpulan Kesenian Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA), yang waktu itu dipimpin sendiri oleh Menetri Besar Terengganu iaitu Datuk Nik Hassan Haji Nik Abdul Rahman. Beberapa perseembahan telah diadakan di seluruh tanah air juga di luar negara seperti di Hong Kong.

Pada masa kini terdapat beberapa kumpulan gamelan di Terengganu antaranya ialah Kumpulan Gamelan Warisan Terengganu, pimpinan Wan Salmah Wan Sulaiman dan Zaharah Hamid. Kumpulan Akademi Seni Negeri Terengganu (ASENI). Kumpulan Gamelan Briged Seni Negeri yang kebanyakannaya dianggotai oleh golongan generasi baru. Dan berkembang bersama kumpulan itu ialah Tari Joget Gamelan dengan nilai estetikanya yang tersendiri.

6
Festival Gamelan Sedunia 2010 mempunyai objektifnya sebagaimana berikut:

  • Sebagai medium untuk memberikan pendedahan seni dan maklumat bercorak pembelajaran kepda masyarakat setempat khususnya dan juga pencinta budaya amnya berkaitan dengan gamelan, iaitu satu cabang seni yang mempunyai pertalian khusus dengan istana.
  • Sebagai satu medan untuk menemukan npakar-pakar gamelan antarabangsa bagi memperkemas dan memantapkan kaedah, teknik serta hala tuju gamelan dalam kontek local dan antarabangsa terutama dalam aspek repertoire gamelan pada masa kini.
  • Sebagai platform untuk mengenengahkan seni gamelan, khususnya seni gamelan Melayu (Malaysia) kepada aktivis gamelan dari seluruh dunia.
  • Sebagai satu ruang hiburan eksklusif yang bermutu tinggi untuk dihayati oleh segenap lapisan masyarakat agar mereka dapat mengenali dan seterusnya mencintai seni warisan gamelan.
  • Pemangkin kepada usaha kerajaan untuk menggalakkan para pelancong dating menikmati suatu seni warisan yang diwarisi sejak zaman berzaman.

 Majlis yang berlangsung selama tiga hari itu mempunyai aturcara yang lengkap dengan hari pertama dimulai majlis perasmiannya pada jam 8.30 malam yang dilangsungkan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said serta penyampaian cenderamata kepada ketua-ketua kumpulan gamelan diikuti oleh persembahan yang terpilih. Antara kumpulan yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Kumpulan Kesenian Kerajaan Negeri Terengganu, Kumpulan Sanggar Singamurthi, Kumpulan Warisan Terengganu, Kumpulan Rhythm in Bronze, Kumpulan Universiti Islam Antarabangsa, Kumpulan Gastarana, Kumpulan Lambangsari,Kumpulan Hands Percussion, Kumpulan Garasi Seni Benawa, dan Kumpulan Istana Budaya. Sementara siangnya berlangsung Bengkel Gamelan melayu.


 Pada 24 Julai bermula 9.00 pagi berlangsung Bengkel Gamelan Jawa. Sebelah petangnya persembahan oleh Kumpulan Sahabat Gamelan UniZa, Kumpulan Gastarana, Kumpulan Lambangsari, Kumpulan Hands Percussion dan Kumpulan Universiti Islam Antarabangsa. Manakala pada malamnya berlangsung persembahan oleh Kumpulan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kumpulan Japanese Gamelan Club, Kumpulan Gastarana,Kumpulan Universiti Malaysia Sarawak, KumpulaKomposisi Prelude Simfoni Gamelan Fest 2010.

Hari akhir iaitu pada 25 Julai, sebelah paginya berlangsung bengkel Gamelan Bali sementara pada petangnya berlangsung pocket show oleh lima kumpulan. Persembahan malamnya dilangsungkan oleh delapan kumpulan.

7
Oleh kerana saya tiba agak lewat, persembahan malam pertama tak dapat kami ikuti. Bagaimana pun khabar yang tersebar menyatakan Menteri Besar Terengganu menunggu majlis itu sehingga persembahan yang terakhir pada malam itu. Selain majlis perasmina, persembahan yang selainnya, semuanya kami ikuti. Ada teman yang duduk dikerusi sebelah saya mengatakan “penonton tak ramai.” Tetapi saya dengan cepat membalasnya. Tidak ramai itu adalah satu pernyataan perbandingan. Memang persembahan high culture dimana-mana pun di seluruh dunia ini, tidak ramai penotonnnya berbanding dengan pop culture = low culture.

Pada kami, penonton pada malam kedua dan ketiga memang ramai. Walaupun hujan renyai-renyai turun, penonton untuk malam ketiga itu tidak berganjak sedikitpun. Sementara itu, mengikut teman di Terengganu, di Kuala Terengganu pada malam yang sama juga berlangsung satu pertunjukan pop culture.

Yang menariknya penonton itu pula terdiri daripada pelbagai golongan. Ada yang muda dan ada yang veteran. Ada Melayu, Cina dan India. Ramai juga pelancong luar negara. Diego, seorang pemuda dari Kanada, yang sengaja kami ajak berbual-bual menyatakan dia khusus datang untuk menyaksikan persembahan itu. Sayang dia agak tergesa-gesa kerana telah membeli tiket kapalterbang ke Kuala Lumpur untuk seterusnyaa ke Jakarta. Dia memang sedang menyiapkan PhDnya dalam bidang muzik gamelan. Katanya di Kanada terdapat beberapa kumpulan gamelan.

Jelas Terengganu telah memulakan satu tradisi yang amat bermakna tidak sahaja dalam bidang sukan dengan berlangsungnya Monson Cup bertaraf antarabangsa, dalam bidang seni pula berusaha dalam mengidupkan sebuah genre seni yang mempunyai sejarahnya yang gilang gemilang pada masa lalu. Seperti Monson Cup yang bertaraf antarabangsa, gamelan juga dilangsungkan dalam skala yang demikian. Kejayaannya amat jelas sekali kerana peristiwa itu tidak sahaja disertai oleh kumpulan dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.

Wednesday, September 1, 2010

Scorpene Perdana

Scorpene Perdana


Waktu akhir-akhir ini macam-macam fitnah disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tidak sahaja dalam bidang ekonomi, dan sosial masyarakat malahan yang terbaru terhadap kapal selam Scorpene Perdana Class KD Tunku Abdul Rahman dan KD Razak yang kononnya tidak mempunyai keupayaan bagi melaksanakan operasi. Tohmahan dan fitnah itu misalnya mengatakan bahawa kapal itu tidak mempunyai kemampuan untuk menyelam dan malah kelengkapan persenjataannya juga diragui.

Kenapakah kita katakan fitnah? Kita katakan fitnah kerana ia menghasut atau mengumpat. Iaitu kata-kata atau perbuatan yang tidak dibaringi sama dengan bukti-bukti kukuh terhadap apa-apa yang diucapkannya. Kenapakah kita katakan tohmah. Kita katakan tohmah kerana ia bersifat prasangka.

Berwari, kedua kata-kata itu mempunyai maksud yang tersembunyi lalu menyembunyikan hal sebenar yanmg dapat dibuktikan dengan fakta. Maka fitnah dan tohmahan itu jelas mempunyai maksudnya yang tersendiri yang antaranya ialah bertujuan ingin memalukan, merendahkan malahan menghina bukan sahaja TLDM malahan kerajaan yang memerintah. Hal ini betapa jelas dan nyata kerana yang menimbulkannya adalah ahli parlimen parti pembangkang.

Apabila kita menyebut parti pembangkang apakah maknanya? Maknanya mereka itu adalah tukang bangkang. Tujuannya apa? Tujuannya tidak lain hanyalah untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dan dengan begitu mereka mengharapkan memperoleh undi dalam pilihanraya yang akan datang.

Apakah kenyataan yang bertentangan dengan fakta sehingga kita mengatakan bahawa tuduhan itu semua adalah suatu fitnah dan tohmahan?

Kenyataannya, TLDM telah membuktikan keupayaan dan keberkesanan operasi kedua-dua kapal selam itu sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar pada 26 Julai 2010 lalu di Kota Kinabalu.

Dengan kenyataan itu maka dengan sendirinya segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kapal selam itu dengan sendirinya ternafi. Ia dengan sendirinya ternafi kerana kenyataan itu mempunyai bukti-bukti yang kukuh terhadap kemampuannya dalam operasi.

Inilah kenyataannya. Namun demikian, kaki bangkang dan kaki pembuat fitnah tidak akan kehilangan modal. Mereka tetap akan membuat pelbagai fitnah dan tohmahan. Dalam keadaan yang demikian terpulanglah kepada rakyat untuk menerimanya ataupun tidak. Bagi yang tidak menerima kenyataan yang ada, mereka tetap juga tidak akan menerimanya. Ini sepertilah sebuah cerita orang tua-tua dulu kala.

Suatu hari dua orang sedang bertegang leher di sawah. Seorang mengatakan “benda” atau binatang yang dilihatnya di batas sawah itu adalah burung. Seorang mengatakan kambing. Akhirnya mereka pun pergilah dekat kepada binatang itu. Apabila hampir dengan binatang itu, maka binatang itupun terbang. Jelas ia seekor burung. Lalu berkatalah yang mengatakan binatang itu burung, “Lihat, binatang itu terbang. Ia burung.”. Jawab yang seorang lagi, “Tidak, kambing.” “Macam mana kambing, ia terbang. Itu jelas burung.” “ Tidak” jawab yang seorang lagi. “Terbang pun kambing.”

Begitulah cerita orang tua-tua dulu. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita itu.





Di bawah adalah kenyataan media Panglima Tentera Laut Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar pada 26 Julai 2010 atas kejayaan latihan melancarkan misil SM 39 Blok 2 dari KD Tunku Abdul Rahman dari kedalaman 55 meter bawah paras permukaan laut

KD TUNKU ABDUL RAHMAN BUKTI KEUPAYAANNYA

Kota Kinabalu, 26 Jul – Kapal Selam Pertama Negara, Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN hari ini telah membuktikan kebolehannya apabila berjaya melancarkan misil bawah permukaan ke permukaan air jenis Exocet SM39 Blok 2. Misil tersebut telah mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter panjang pada jarak 40 km(22 batu nautika). Misil telah dilancarkan sewaktu KD TUNKU ABDUL RAHMAN berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan. Penembakan ini dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika.

SM 39 hampir mengenai barge latihan (sasaran)




Misil Exocet SM39 Blok 2 yang dilancarkan tepat pada jam 10.15 pagi tadi di kawasan Laut China Selatan telah membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sekaligus membuktikan kapal selam negara mampu melancar serangan dari bawah permukaan.

“Misil yang dilancarkan mengenai tepat ke sasaran yang berukuran 40 meter pada kedudukan 40 km/22batu nautika dari kedudukan kapal selam” kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar yang turut sama menyaksikan penembakan tersebut.



Penembakan ini juga bertujuan mengesahkan keberkesanan Misil Exocet SM39 Blok 2 dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di Kawasan Laut Beriklim Tropika. Bukti yang menolak segala fitnah dan tohmahan terhadap kemampuannya.

Misil Exocet SM39 Blok 2 telah diperolehi dari negara Perancis pada pertengahan 2008. Ia merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang 6 meter dan diameter 35 sentimeter. TLDM telah mula menggunakan misil jenis Exocet sejak tahun 1979 lagi yang bertujuan memusnahkan kapal permukaan bersaiz besar.

Unit-unit yang terlibat dalam penembakan ini juga akan terlibat dalam latihan gabungan TLDM yang dinamakan Operational Sea Training(OSTEX) dan Submarine Fleet Integration Training (SUBFIT) yang akan berlangsung selama seminggu.

*************

Untuk rekod, beberapa gambar foto ini tidak pernah disiarkan sebelum ini untuk kegunaan umum.

Kapal selam Perdana Class ini berukuran 67 meter dan berupaya membawa campuran 18 laras senjata (Torpedo Whitehead Allenia Blackshark II dan misil MDBA SM 39 Exocet Blok 2), dimana 6 akan berada dalam laras tiub torpedo dan 12 lagi disusun atas rak. Exocet adalah sistem missil yang diuji kemampuan dan keberkesananya, kali pertamanya masa Perang Falkands waktu mana Tentera Udara Argentina berjaya melancarkan misil dan menenggelamkan kapal pemusnah Tentera Laut DiRaja Britain HMS Sheffield dan HMS Coventry. TLDM mula menggunakan sistem misil ini semenjak tahun 1979 lagi.



Penembakan ini bersejarah bukan sahaja kepada TLDM, malah kepada angkatan laut Asia Tenggara. Ini pertama kali penembakan misil pertama dari bawah permukaan laut. Kejayaan ini adalah bukti keupayaan TLDM untuk menjadi angkatan laut yang mampu menguasai aset pertahanan strategik dan melakukan serangan tanpa dikesan musuh. Bukti ini semua menafikan segala fitnah tak bertanggungjawab yang dilemparkan terhadapnya.



Rakyat Malaysia wajar berasa bangga dengan pertahanan negara yang semakin mantap dengan squadron kapal selam Perdana Class ini. Ini kerana mana mana angkatan laut yang mempunyai keupayaan kapal selam dianggap kelebihan sebagai bersamaan faktor 10 kali ganda kapal perang permukaan. Ini bermakna secara kasar jika berlaku konflik peperangan di lautan, dengan dua buah kapal selam ini memberikan TLDM kelebihan ‘kegerunan’ kepada musuh seumpama 20 buah kapal perang kelas frigat dan korvet.



Aplikasi kapal selam bagi sesebuah angkatan laut ternyata memberikan kelebihan strategik. Aset ini melonjakkan TLDM sebagai angkatan laut yang dihormati di rantau ini. Malaysia mempunyai kawasan perairan yang amat luas, zon ekonomi eksklusif yang menjamin kesejahteraan ekonomi negara terutama kawasan pelantar pertroleum dan perikanan dan amat penting sebagai sebuah negara maritim, laluan perdagangan global antara yang terpenting dan sibuk melalui kawasan operasi TLDM untuk menjamin kedaultan negara.

Latihan penembakan ini menunjukan warga Angkatan Kapal Selam TLDM yang dilatih oleh pasukan kapal selam tentera laut Perancis lebih lima tahun secara intensif, mampu mengendalikan aset strategik ini dengan baik. Siri latihan dengan angkatan kapal selam nuklear tentera laut Perancis sebelum KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak belayar pulang ke tanahair adalah bukti pengiktirafan kemampuan warga anggota angkatan kapal selam ini sekaligus menolak segala fitnah dan tohmah jahat yang dilemparkan kepadanya.

Monday, August 30, 2010

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan
Saya baru mula berjinak-jinak dengan laman ini. Sebelum ini tidak pernah buat laman ini. Oleh yang demikian tentulah ada banyak yang masih kekurangan. Namun dari semasa ke semasa saya berharap ia akan memberi input yang baik kepada teman-teman yang menggemari laman ini.

Sunday, August 29, 2010

KAD PENGENALAN PINTAR ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MyTentera)

LATAR BELAKANG

1. Anggota-anggota ATM dewasa ini dibekalkan dengan Kad BAT C 10 sebagai dokumen rasmi pengenalan diri dan telah diguna pakai sejak dari awal tahun 60an. Penggunaan dan ciri-ciri keselamatan Kad BAT C 10 tersebut dianggap tidak lagi bersesuaian dalam era teknologi maklumat masa kini.

2. Masyarakat awam telah mula menggunakan Kad Pengenalan Pintar MyKad yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2001 dan menikmati pelbagai kemudahan melalui aplikasi yang terbina di dalam MyKad (pelbagai transaksi elektronik) seperti pengesahan identiti, pembayaran, pengaksesan, rujukan kesihatan dan servis peruncitan.

3. Keistimewaan yang diperolehi oleh masyarakat umum melalui MyKad tidak dapat dipanjangkan kepada anggota tentera yang masih menggunakan Kad BAT C 10. Dari segi moral dan imej, ianya tidak bersesuaian bagi sebuah organisasi keselamatan negara.

KAD PENGENALAN PINTAR ATM

4. Anggota tentera pada dasarnya tidak diwajibkan untuk memiliki Kad Pengenalan Awam. sebagaimana yang diperuntukkan melalui:

  • Perkara 27 (f) kepada Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) mengecualikan anggota ATM dari menggunakan Kad Pengenalan Awan dengan syarat anggota ATM mempunyai Kad Pengenalan Rasmi atau dokumen rasmi yang lazimnya dikeluarkan untuk pengenalan diri kepada seseorang anggota tentera.

  • Perkara 137 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud command, discipline and administration of and all other matters relating to the armed forces, telah menggubal beberapa Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) berkenaan dengan kad pengenalan diri anggota ATM. PMAT 29/60 dan PMAT 104/60 – berkaitan Federation Armed Forces Security Instruction (memperuntukkan BAT C 10 sebagai dokumen identiti rasmi ATM) masih berkuat kuasa sehingga sekarang.

5. Kesediaan pihak pengurusan tertinggi KDN serta JPN untuk membantu ATM dan membolehkan anggota tentera turut menikmati kemudahan yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah membawa kepada beberapa perbincangan teknikal di peringkat staf pelaksana. Keputusan-keputusan berikut seterusnya telah dicapai:

  • ATM mempunyai Kad Pengenalan Pintarnya sendiri yang mempunyai aplikasi yang sama dengan MyKad. Kad tersebut akan dikenali sebagai MyTentera untuk memudahkan rujukan oleh pihak awam.


  • Artwork dan dan ciri-ciri keselamatan MyTentera adalah sama seperti MyKad. Bagi membeza dan memudahkan pengenalan, MyTentera akan menggunakan warna Medium Silver .

  • MyTentera turut mempunyai nombor Kad Pengenalan Awam 12 digit di samping nombor perkhidmatan tentera yang merupakan nombor rujukan utama. Nombor Kad 12 digit hanyalah untuk tujuan MyID yang dilancarkan oleh kerajaan.

  • MyTentera mempunyai Lambang ATM di bahagian belakang atas kanan kad.

  • Pencetakan dan pengeluaran kad akan dilaksanakan oleh pihak JPN. Pihak BSPP adalah agensi yang bertanggungjawab untuk semua urusan verifikasi serta pengesahan sebelum pemprosesan MyTentera dibuat oleh pihak JPN dan selepas kad tersebut disediakan untuk pengagihan kepada pemilik kad.

  • Semua anggota ATM (secara individu) adalah tertakluk kepada Jadual Keenam Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, di mana setiap kehilangan dan pengeluaran kad penggantian akan dikenakan denda (sebagaimana yang dikenakan kepada orang awam).


PEMPROSESAN MYTENTERA

6. Pada peringkat awal, pendaftaran dan pemerosesan MyTentera dilaksanakan di Zon Kementerian Pertahanan mulai 5 Jul 2010 yang akan melibatkan unit kaunter bergerak JPN.

7. Mulai 28 Ogos 2010, anggota tentera di seluruh negara boleh membuat pendaftaran di sejumlah 58 kaunter JPN yang dikhaskan untuk anggota ATM. Pelaksanaannya adalah pada hari Sabtu dan Ahad (setiap minggu).

8. Proses pendaftaran dan pengeluaran MyTentera kepada semua anggota ATM dijangka dapat diselesaikan pada penghujung Feb 2011.

KESAN POSITIF DARI PENGGUNAAN MYTENTERA

9. Berupaya meningkatkan kualiti dan gaya hidup anggota tentera melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Kedudukan ini seterusnya menjamin moral keanggotaan warga tentera.

10. Penggunaan MyTentera oleh warga ATM dapat secara tidak langsung diintegrasikan dalam konsep I Malaysia. Pada dasarnya anggota tentera tidak merasa tersisih dari arus pembangunan negara.

11. MyTentera yang berlandaskan cip elektronik akan memboleh peningkatan perkhidmatan dalam ATM di masa-masa hadapan.

12. Penggunaan MyTentera mampu memperkemaskan pangkalan data di dalam ATM dan memudahkan dari segi rujukan yang melibatkan aspek-aspek pentadbiran dan keselamatan.




Salam Perkenalan.

Ini adalah permulaan.